HahAhaHa

If you can enjoy a 'SMILE'

you can feel 'HAPPY' and will 'LAUGH' very loud

and find 'FUN' with your life and yourself

so can feel 'FLY HIGH' and far away to 'FORGET'

about all the 'PROBLEM' in life......

Monday, 5 May 2014

gambar-gambar old-old

Bukan senang nak tengok gambar-gambar OLD SCHOOL camni.. Ini yang tulen, bukan rekaan tau.. 




cari dalam google je pon.....hehehe


Albert Einsten



Komputer Pertama

Staff Google Yang Pertama

Mc Donalds Yang Pertama

John Lennon

Titanic Semasa Di Pelabuhan

Madona, Sting dan 2Pa

Gambar The Beatles Yang Rare

Titanic Di Dasar Laut

Bandar Brazil Zaman Dahulu

Charlie Chaplin dan Gandhi

Chuck Norris dan Bruce Lee

Botol Coca Cola

Transkrip Diploma Albert Einstein

Elvis Dalam Tentera





MEMANG RARE!!!!!!!

HAIRSTYLE UNTUK LELAKI..





Aku kalau ada power nak je cakap macam ni 'Dengan kuasa bulan, aku nak rambut macam ni!' pooooffttt terus rambut serabut jadi terletak smart macam ni (-.-)

Berangan. Heh.

Hahaha btw, since ramai sangat 'kritik' rambut aku sekarang sangatlah out of style *sedih! macam jantung tertusuk sembilu mendengornya* and nampak nerd gila, so aku terfikir-fikir next month plan nak tukar style rambut baru. Macam menyesal potong hari tu dengan hairstylist yang banyak kerenah.

Si tukang gunting yang buat rambut hari tu ya rabbi serabut lah hakak tu!! tengah dia pegang gunting rambut aku, boleh keja-kejap dia layan telefon dia  ada call masuk lah apa lah. Pastu gi belakang jawab call. Then sambung gunting balik, jawab call lagi. Stress gile! 

Plus kena jawab soalan-soalan dia buat aku makin tak ada mood. Dah lah stress baru balik kerja, mengharapkan dapat gunting style elok sikit tapi punah harapan aku.

Sedih!

Sekarang ni kena tunggu rambut panjang dulu baru nanti ubah style. Confirm tak nak pergi situ tapi pilih tempat lain yang elok sikit kot ye. Serious menyesal pergi situ. Sangat menyesal.


Men's hairstyle for 2013? Tak tahulah betul ke tidok. Tapi aku pun bukan jenis ikut trend sangat. I would go for anything Im comfortable with tak kira lah baju ke apa ke. Tapi janganlah buat style zaman agogo kan, matilerrrrr.

Mungkin style ni sesuai jugak untuk korang kot-kot ada yang masih tercari-cari hairstyle sesuai selari dengan imej masing-masing kan,  macam aku ni heh.



Selamat mencube broooo!!!


LELAKI PERLU BIJAK BERGAYA..



 


Berbicara tentang fashion pasti akan lebih tertumpu kepada wanita. Bagitu mudah bagi kaum hawa untuk memilih apa yang ingin dipakai atau diperaga. Kalau kita tengok kepada trend shopping via online pun pilihan yang lebih menyeluruh dan utama diberikan kepada mereka.

Bagi lelaki, kadang kala sukar untuk mengikuti perkembangan fashion. Apatah lagi peredaran fashion dalam kalangan lelaki juga boleh dikatakan tidak semeriah wanita dengan pilihan yang pelbagai. Namun, lelaki juga semakin bersifat terbuka. Berpakaian kemas dan menarik mengikut trend terkini menjadi pilihan..
_____________________________________________________________________________

Tambil bergaya kemas namun stylish, pasti anda akan menjadi perhatian!





Pilih gaya yang sesuai kerana cara pemakaian kita melambangkan personaliti kita. Warna juga memainkan peranan yang penting. Elakkan daripada memilih warna yang tidak sesuai dengan tona kulit, pastinya kita tidak mahu kelihatan pelik kan? :)

Pada saya, barang-barang yang berkualiti tinggi tidak semestinya datang daripada brand yang dikenali dan mahal. Ada masa kita kena berani untuk suai-padan sesuatu dan tampilkan kelainan yang selesa untuk diri masing-masing. Pilih baju atau seluar, jacket mahupun kasut yang memberi keselesaan kepada anda dan jangan terlalu membuta tuli mengikut nasihat orang lain. Andalah yang seharusnya pilih apa yang mahu dipakai, because you are the boss of your own self.

8 Tips Berpakaian Kelihatan Smart Bergaya (Untuk Lelaki)





Berpakaian smart dan bergaya bukanlah kesukaan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi.

Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis yang berprofil sederhana atau tinggi.

Jika anda ingin tahu, bagaimana caranya untuk berpakaian yang kelihatan sentiasa smart dan bergaya, mari baca tips-tips di bawah:

1. Pilih pakaian berjenama.
Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Ia kerana, pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave. 

Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai.

2. Pilih kemeja lengan panjang dan slim-fit.
Kemeja lengan panjang akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas berbanding kemeja lengan pendek. Selain itu, cari kemeja yang mempunyai potongan design slim-fit. Slim-fit bermaksud, di bahagian kiri dan kanan badan baju tersebut tidak akan kelihatan menggelebeh bila dipakai. Kemeja yang dipakai menggelebeh membuatkan anda kelihatan selekeh, dan kadang-kala kelihatan gempal.

3. Saiz S, M atau L?

Berkenaan dengan saiz, ukurlah baju di badan sendiri. Ini sangat penting, kerana saiz akan membuatkan baju yang anda pakai itu nampak sesuai dengan anda. Sebolehnya, beli baju yang bersesuaian dengan saiz anda. 

Jika saiz S dan M lebih kurang sama, ambil saiz S, kerana saiz S akan disesuaikan dengan tips slim-fit di atas. Apa-apa pun berkenaan dengan saiz ini, cari yang akan membuatkan anda selesa ketika memakainya.

4. Design jalur atau kotak-kotak?

Berkenaan dengan design kemeja pula, cari design kemeja yang berjalur vertikal, kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan tinggi dan tidak gemuk. 

Design berjalur adalah lebih baik daripada kemeja kosong tanpa apa-apa design, kerana ia akan memberi kelainan kepada anda yang memakai, unik berbanding orang lain. Design kotak-kotak pula lebih sesuai untuk acara tidak formal dan casual. Kedua-dua design ini ok, cuma perlu disesuaikan dengan keadaan dan masa.

5. Warna baju mengikut hari.
Ok, ini satu tips yang penting. Tips ini saya terima ketika menghadiri Finishing School Course 2011 ketika di
CUCMS dulu, daripada Dato' Atikah Adom, Managing Director of ATK Communications Sdn Bhd. 

Untuk pemilihan warna baju yang ingin dipakai, anda perlu memilih baju berwarna cerah pada permulaan minggu dan beralih ke warna yang lebih gelap pada hujung minggu. Contohnya, jadikan tabiat untuk menggunakan warna yang cerah seperti putih pada hari isnin atau selasa. 

Kemudian, boleh gunakan warna-warna lain seperti biru muda, pink atau kelabu cerah pada hari selasa, rabu dan khamis. Seterusnya, tinggalkan warna gelap seperti biru gelap atau hitam pada hari khamis atau jumaat. Ini satu cara untuk membina perwatakan yang menarik melalui pemilihan warna baju sepanjang minggu.

6. Stail neck tie.

Neck tie juga boleh memberikan impak kepada si pemakai. Tahukah anda, bahawa terdapat banyak jenis stail neck tie di pasaran? Ada yang berbentuk lebar, nipis dan juga petak. Tips untuk neck tie adalah, jangan sesekali pakai neck tie yang lebar. 

Pilihlah untuk memakai neck tie yang kelihatan nipis kerana ianya nampak lebih kemas, malah ia sesuai untuk dipakai ketika waktu formal mahupun separa formal. Ohya, jangan lupa pakai tie pin juga, supaya kelihatan sentiasa kemas.

7. Cara pilih tali pinggang.
Sebenarnya, tali pinggang ni tak beri impak yang terlalu besar. Cuma janganlah pakai tali pinggang yang nampak terlalu usang. Cari tali pinggang kulit berwarna hitam dan kepala tali pinggang tersebut mestilah berbentuk segi empat tepat. 

Jangan pakai kepala tali pinggang yang terlalu fancy dan berbentuk yang pelik-pelik. Cadangan yang mudah adalah tali pinggang Suave seperti dalam gambar di atas. Harga pun sekitar RM30 sahaja. Tapi jangan beli kat tepi jalan tau. =p

8. Cara pilih kasut?

Kasut pun perlu dipilih dengan teliti. Kerana pemilihan kasut yang salah akan membuat penampilan anda spoil. Pilih kasut kulit berwarna hitam tanpa tali kasut seperti gambar di atas. 

Anda akan kelihatan lebih smart dan bergaya jika memakai kasut yang tidak bertali. Jangan pakai kasut yang materialnya terlalu berkilat kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan terlalu menonjol, dan jangan pula pakai kasut yang diperbuat daripada kanvas, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan 'dull' pula. 

Yang mana lebih elok, hujung kasut berbentuk lonjong (kiri) atau petak (kanan)? Erm, sebenarnya pilihan ini bergantung pada pilihan masing-masing. 

Cuma untuk yang lebih low-profile, anda boleh gunakan kasut yang hujungnya berbentuk sedikit lonjong seperti dalam gambar kiri di atas, manakala yang lebih suka dilihat dan bercakap di hadapan, kasut yang hujungnya berbentuk petak seperti dalam gambar kanan adalah lebih sesuai untuk anda.

___________________________________________________

Demikianlah 8 tips Berpakaian Kelihatan Smart Bergaya (Untuk Lelaki) pada kali ini. Semoga anda mendapat tips yang berguna dan cubalah praktikkan dan lihat hasilnya. 

Penampilan diri memainkan peranan dalam pembinaan ketrampilan dan keyakinan diri. Oleh sebab itu, tidak rugi jika anda mengambil tahu sedikit banyak berkenaannya. 


Gaya Potongan Rambut Lelaki 2014!!






Zac Efron Style

Gaya rambut ini sangat sesui untuk dalam keadaan formal, seperti mengajak wanita makan malam yang romantis di sebuah restoran atau pergi ke pesta. Jenis rambut lelaki yang boleh dibuat seperti ini adalah rambut yang lurus dan sedikit tebal. Caranya, belah rambut ke samping, terapkan wax, jangan menyisirnya hingga. Biarkan natural dan sedikit bergelombang.


Curly-Wave Style
Bagi lelaki berambut keriting bukan bererti tidak boleh tampil bergaya. Potong bagian samping rambut menjadi agak tipis. Untuk tengah rambut, potong sedikit pendek, namun jangan ditipiskan. Biarkan rambut agak tebal dengan menunjukkan keriting yang menjadi ciri khas.
50s Style
Tampilan rambut vintage ala tahun '50an kembali menjadi tren tahun ini. Rambut nipis membuat lelaki tampak lebih dewasa dan profesional. Potong bagian samping rambut. Belah pinggir, lalu tata rambut menjadi sedikit berjambul. Gunakan wax untuk membuat rambut tampak licin.
American Style
Rambut potongan ini akan menjadi kelihatan fashionable di tahun 2013 ini. Wanita yang suka mengikuti tren, tentu akan menyukai lelaki dengan tatanan model rambut seperti ini. Tipsnya adalah, hanya tipiskan bagian samping kanan dan kiri. Bagian tengah rambut, tetap sedikit panjang dan tebal. Ke sampingkan rambut dan beri sedikit hairspray untuk menjaga penampilan rambut.

Modern Elvis Style

Rambut lelaki berjambul tinggi juga akan menjadi tren 2013, yang tentunya juga disukai wanita. Biarkan rambut tetap sedikit panjang dan tebal. Sasak rambut dan sisir ke belakang, dan terbentuklah rambut berjambul ala Elvis Presley.
Short Spike Style
Model rambut spike masih boleh memikat kaum wanita untuk sepanjang masa. Tentu model rambut ini sangat  mudah bagi lelaki. Bezanya, bahagian atas tidak terlalu panjang atau pendek agar boleh dibuat bervariasi.

Taylor Lautner Style

Mudah senang, jimat duit…
No comment…..but Terbaik.

Dato Seri Najib Tun Razak Haircut